Tuesday, May 10, 2011



LANGKAH - LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN AIR

Antara cara - cara untuk mengatasi krisis pencemaran air ini ialah dengan :
             
   Menyediakan Tangki Takungan Bawah Tanah Yang Dirawat
        Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia, 2006).
Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.
   Pemasangan Perangkap Sampah
        - Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan.
  Penyelenggaraan Sistem Perparitan Berkala
        -Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.
    Kempen kesedaran melalui iklan TV
        -Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak apa' perlu ditangani. Kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya perlu disiarkan setiap masa.




 


Oleh itu, adalah perlu setiap individu berubah kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri. Kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung hasil tindakan yang kita buat hari ini. Adalah menjadi harapan agar individu mula mencerminkan diri. Sudah tiba masanya kita kembali siapa kita sebenar yang memerlukan 'soul reawakening'. 


  Akitiviti Pembinaan
       - Aktiviti pembinaan seperti kawasan perumahan yang berhampiran juga menyumbang kepada pencemaran ini. Tanah lumpur akan memasuki sungai terutamanya ketika hujan lebat. Hal yang demikian akan menyebabkan sungai tercemar dengan lumpur dan menjadi cetek. Akhirnya akan berlakulah banjir. 

Sisa Toksik Dari Sektor Kilang
       - Punca utama pencemaran air sungai termasuklah pembuangan sisa toksik dari kilang. Misalnya, kilang getah dan kilang kelapa sawit merupakan punca kepada pencemaran air sungai yang berlaku di Malaysia. Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai.



Air didefinisikan sebagai cecair yang terbentuk daripada dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen. Air juga merupakan kumpulan cecair yang terdapat di dalam sungai, tasik, laut, dan sebagainya. Selain itu, air yang bersifat sarwajagat ini sering digunakan dalam pelbagai kegunaan domestik, industri dan kimia. Namun, dasawarsa ini, masalah air semakin menghambat masyarakat dan berada pada tahap yang mencemaskan.

Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.



Air juga mampu wujud dalam 3 bentuk :-

Bagaimana cara menangani isu air dengan bijak?....(Jimat air)

Bagaimana  caranya? ini adalah seruan Perdana Menteri kita supaya bekalan air untuk generasi akan datang mencukupi.....(petikan suratkhabar Utusan Malaysia,13 Mac 2011)
Perdana Menteri juga berkata, dalam hal air ini ada tiga isu dan cabaran berkaitan air ini ;

-Air lebih yang menyebabkan banjir...
-Air kurang yang menyebabkan kemarau......
-Air tercemar

Jadi apakah caranya untuk menangani cabaran cabaran ini?
Kerajaan telah menubuhkan Dasar Sumber Air Negara dan institusi air negara dan negeri sebagai langkah untuk menguruskan sumber air dengan lebih efektif.
Untuk  pengetahuan pembaca.....

-22 Mac yang  adalah Hari Air Sedunia....dengan tema "Water for Cities, Responding to The Urban Challenge"(Air Untuk Bandar : Keperluan Dan Cabaran)
-Taburan hujan tahunan di negara kita yang sejahtera ini adalah 3000 milimeter setahun (banyak tu..)
tapi masih ada berberapa tempat yang kekurangan bekalan air...(pelik jugak...)

Bagaimana dengan diri kita pula? Apa kita boleh buat?  Kita boleh jimatkan air!

- Jangan membazir air.....kalau ada anak anak pantau mereka semasa mandi.kerana biasanya kanak kanak ini mesti nak main air dan ini dah membazir (antara punca kenapa bil air tinggi).....
- Berus gigi ke,cuci muka tutup paip.....paling bergaya bagus guna air dalam bekas...jimat!
- Jangan sesekali pandang rendah kepada paip yang menitis kerana dalam setahun kalau dibiarkan macam itu kuantitinya bersamaan tangki lori SYABAS yang bawa air tu.....rugi...(bayangkan duit terbang)
oleh itu, cepat cepatlah baiki paip bocor kalau ada...
- Tak perlulah mandi lama lama..,nyanyi nyanyi tak payah (baik pergi pantai..)kurangkan masa mandi...terutama orang perempuan...
  Masa sabun badan tutuplah air pancuran....kalau buka pun untuk apa?...
- Ini antara yang perlu diamalkan...letaklah baldi berhampiran tempat "shower" anda ketika mandi...air yang lebih dalam baldi  itu boleh dibuat siram bunga....basuh tandas....
- Kalau nak siram pokok bunga , seeloknya kita buatlah tadahan air hujan....tapi jaga jaga nanti "benda" lain pula yang tumpang.......(nyamuk!)
- Dan pastikan semua paip ditutup rapat selepas digunakan...takut banjir pula rumah....kalau dah banjir kesannya menjadi makin banyak : perabot rosak,bil air naik...penat nak bersihkan rumah..semuanya berpunca daripada paip....(masa itulah nak menyesal...duit dah jalan..)
- Basuh baju biar sekali sumbat banyak....sebab sedikit atau banyak baju itu kuantiti air yang digunakan tetap sama.....konklusinya, lebih baik basuh sekali penuh terus.....air jimat,wang selamat,baju pun bersih...
- Ingat gunakan baldi ketika membasuh pinggan,kereta,siram pokok dan bunga....jangan guna air yang mengalir.....
- Pastikan juga anda membuat pemeriksaan seminggu sekali terhadap paip di rumah untuk mengelakkan kebocoran........(lagi kerap, lagi bagus)
Sungai adalah permulaan kehidupan di muka bumi ini. Kerana sungai dan muaranya adalah sebagai penempatan tamadun awal manusia...Sungai Tigris,Sungai Nil dan Sungai Euphrates adalah sebagai bukti.
Perkara ini tidak berubah sehingga sekarang....yang berubahnya adalah sungai zaman bertamadun ini telah tercemar...
Pencemaran sungai boleh menyebabkan krisis air kerana kurangnya punca air bersih...(salah orang juga)
seperti yang terjadi di Johor baru baru ini....
Di Kota Tinggi, air parit yang keruh dan berkeladak yang mengalir ke sungai telah menyebabkan kemungkinan untuk 10,000 penduduk di lima pertempatan berdepan dengan masalah bekalan air putus.
Kerana apa?

Monday, April 11, 2011

Tolong Sayangi Air

       Air sangat penting untuk manusia.Manusia memerlukan air untuk berhidup.Rakyat di Malaysia sangat bahagian kerana tidak muncul hal kekurangan air,tetapi,di negara lain sentiasa berlaku hal kekurangan air.Di dunia,terdapat banyak orang mati disebabkan kurang air.Oleh itu,rakyat Malaysia mesti berasa bahagian kerana tidak muncul perkara kekurangan air .Selain itu,kita mesti menghargai air dan jangan mencemarkan air.
       Air juga merupakan tempat ketinggalan pelbagai haiwan seperti ikan,udang,jerung dan lain-lain lagi haiwan.Semua haiwan terdapat kegunaan contohnya ikan.Ikan boleh diperbuat seperti ikan masin,tin makanan ikan dan juag ubat-ubat lagi.Dan haiwan lain yang tinggal di air mempunyai kegunaan juga.Oleh itu,kita harus menghargai air dengan baik supaya air tidak akan tercemar.